Kembara Induction Camp
Kembara Induction Camp (KIC) merupakan satu program tahunan Kembara Uniutama.. KIC merupakan medium utama untuk ahli-ahli baharu mengenali lebih mendalam tentang Kembara Uniutama. KIC biasanya diadakan selama 3 hari diamana segala aktivitinya mendedahkan tentang Asas-asas sukan rekreasi seperti Wall Climbing, Flying Fox, Kayak & Jungle Trekking. Jadi KIC 14 baharu sahaja berlangsung pada 25/10/2014 - 27/10/2014.
Kursus asas tali 2014Kursus Asas Tali yang dianjurkan oleh Unit Sukan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UUM berlangsung pada 10/10/2014. Kursus ini melibatkan semua kelab-kelab rekreasi dibawah naungan HEP untuk memberi pendedahan asas berkaitan dgn tali ataupun ikatan..Selain itu kursus ini memberi pengiktirafan kepada peserta dalam sukan Tali Tinggi..Pihak Kelab Kembara UNIUTAMA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak HEP & tenaga pengajar daripada SEDIM Outdoors di atas peluang yang diberikan..
#takethechallenge #getexperience #enjoytheenvironment |
Apa itu sukan Wall Climbing?WALL CLIMBING
Panjat tebing adalah menaiki, memanjat, mendaki sebuah batuan atau tebing menggunakan seluruh anggota tubuh dan mementingkan keselamatan dengan melihat kecacatan batu seperti celah, tonjolan, rekahan sebelum memanjat sama ada dibantu atau tidak dibantu dengan peralatan khusus untuk menggapai ketinggian. BILAYER Bilayer adalah proses mendapatkan dan melindungi pendaki dengan menggunakan tali untuk memegang berat badan pemanjat jika dia jatuh. Seseorang yang memegang tali atau peranti belay adalah pasukan yang dihubungkan bersama oleh tali. Belaying adalah satu bahagian penting dalam mementingkan keselamatan pendaki. PEMANJAT (CLIMBER) Para climber harus mengenal terlebih dulu jenis-jenis pemanjatan serta penguasaan kawasan pemanjatan secara terperinci, dan mengetahui karakter tebing yang akan dipanjat justeru pada waktu yang sama climber boleh tahu peralatan apa yang harus dipersiapkan.Selain itu, climber perlu mempunyai hubungan komunikasi dengan bilayer semasa pemanjatan supaya keselamatan kedua-dua terjamin.Climber perlu memasang pengaman sekuat mungkin dan mengatur jarak antara pengaman pada tali. PROSES SEBELUM PEMANJATAN a) Prosedur pemasangan peralatan yang betul. Pemasangan pengaman yang satu dengan yang berikutnya dengan jarak yang tidak terlalu panjang merupakan hal yang paling tepat dilakukan untuk menghindari resiko jatuh yang terlalu tinggi.Biasanya pengaman dipasang dengan jarak antara 2-4 meter.Alur pemasangannya pun sebaiknya jangan berbentuk zig-zag atau berbelok-belok, tetapi mestilah dalam keadaan lurus. b) Prosedur pemanjatan yang betul. 1. Kedua bilayer dan climber pastikan kekuatan pemasangan peralatan pemanjatan masing-masing. 2. Pastikan kedua-dua bilayer dan climber bersedia. 3. Wujud hubungan komunikasi antara bilayer dan climber. Biasanya mereka menggunakan Belay Command (isyaratKomando), seperti : Climber : “Belay On.....!”(belayer siap?) Belayer : “On Belay....!” (belayer sudah siap!) Climber : “Pull..!” Belayer :tanpa menjawab belayer mengawal tali pengaman Climber : “Slack...!” Belayer :tanpa menjawab belayer mengendurkan tali pengaman Climber : “rock...!” Belayer :tanpa menjawab menghindari benda yang jatuh Climber : “Off Belay...!” Belayer :”Belay Off...!” 4. Bilayer bersediadalamkeadaan yang betulapabila climber ingin berhenti pada bila-bila masa. c) Teknik pemanjatan yang betul. * Three point contact(3 titik kontak) Mempertahankan posisi di tebing dengan 2 tangan 1 kaki atau 1 tangan 2 kaki, dengan cara ini kamu dapat meminimalkan tenaga. * Usahakan tangan selalu lurus. Bilayer: Dengan tangan lurus sebahagian beban tubuh jadi lebih sedikit ringan. Jika tangan dibengkokkan semasa menahan beban, bilayer akan kehilangan tenaga. Pemanjat: Semasa menjatuhkan badan pada keadaan ketinggian apapun, jatuhkan badan dengan menekuk kedua lutut dan meluruskan tangan. * Memanjat dengan kaki dan bukan tangan. Kaki kita pasti memiliki tenaga lebih kuat dari tangan, perbanyak mendorong vertikal dengan kaki bukan menarik dengan tangan. #takethechallenge #getexperience #enjoytheenvironment Berikut Merupakan Alatan Sukan Wall Climbing : |